Pertanian jitu
Pertanian jitu

Pertanian jitu

Pertanian jitu, juga pertanian tepat atau pertanian persis (bahasa Inggeris: precision agriculture), merupakan konsep pertanian moden yang membolehkan petani mengawal aktiviti-aktiviti berkaitan seperti pembajaan, pengairan, makhluk perosak dan sebagainya melalui penggunaan teknologi. Dengan kata lain istilah pertanian tepat adalah melakukan dengan betul, pada tempat yang betul, dengan kaedah yang betul, dan pada masa yang betul.Pertanian tepat termasuk kaedah pengurusan pertanian atau penternakan baru yang disepadukan dengan teknologi maklumat merangkumi beberapa faktor asas termasuk sistem maklumat geografi/tanah, pembajaan/makanan haiwan, imunisasi/racun perosak, sistem hasil dan sebagainya demi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan, sekali gus memberikan pulangan yang lumayan[2].Pertanian tepat memerlukan teknologi baru seperti GPS, alat pengesan, satelit dan sistem teknologi maklumat yang dapat membantu petani memahami dan menilai keadaan seperti:

Berkaitan